Rabu, 6 Mei 2009

RINDU...

RINDU...

Kata orang,rindu itu tanda ingatan kepada seseorang yang tiada di depan mata...

Kata kamus,rindu itu keinginan yang kuat mahu bertemu seseorang...

Kata pujangga,rindu hadir selepas suka dan cinta,
Kita tidak akan suka tanpa bersua muka,
Tidak cinta tanpa rasa suka,
Dan tidak rindu tanpa rasa cinta...

Kata aku?
Aku minta rindu itu hadir kerana dalam hati...
ada rasa suka kepadanya...
ada rasa cinta kepadanya...
dalam hatiku,hanya ada DIA...

Puas aku mencari...
cuba menggapai rasa yang satu ini...
Berperang dengan kemahuan ini...
aku kelelahan menanti...

Ceritera rindu ini...
di manakah noktahnya?...
dipetik dan diolah daripada:CERITERA RINDU;LEEYAMYRA...

2 ulasan: