Rabu, 6 Mei 2009

Nasib si yatim piatu...

SALAM PERSAUDARAAN...

Kadang-kadang bila aku duduk sorang-sorang kat rumah,aku pernah jugak terfikir..."Bagaimanakah perjalanan hidup aku kalau aku betul2 berseorangan di dunia ini?"...sendiri...sunyi...tawaku dan tangisku ku tatap dan reda sendiri...Dalam erti kata lain,tak ada ayah...tak ada ibu...tak ada keluarga...apatah lagi saudara...
Begitulah timbulnya kesedaran bahawa hubungan persaudaraan dan kekeluargaan sangat bernilai dan tiada tolok bandingnya dengan apa pun melainkan hubungan dengan Yang Maha Esa.
Pernah tak kita terfikir bagaimana hidup anak2 yatim piatu?...Tiada ibu...tiada ayah...mungkin bersaudara...tetapi ditempatkan di rumah-rumah ikhsan?atau...mungkin masih beribu...atau...berayah...tetapi dipinggirkan seperti bukan saudara?Huh!!!manusia...
Di kesempatan ini,aku ingin menceritakan sebuah kisah ...huhu...ni kisah benar tau!
Kira-kira 12 tahun yang lalu,seorang kanak2 lelaki yang baru berusia 2 tahun telah dipelihara di rumah ibu saudaranya.Kanak-kanak yang ingin aku gelarkan Ahmad ini hanya mempunyai ibu kandungnya sahaja.Dia telah kehilangan bapanya sebelum dilahirkan...
Dipelihara oleh ibu saudara dan bapa saudaranya sejak berusia 2 tahun,membuatkan die tidak mengetahui akan hubungannya yang sebenar dengan keluarga itu.Ya...Ahmad menyangka bahawa insan yang telah menbesarkannya dari kecil itu merupakan ibu dan bapa kandungnya.
Inginku catatkan malang yang menimpa kanak-kanak ini,dia telah mendapat tahu akan identiti sebenarnya setelah dia melangkah ke alam persekolahan.Usia yang masih mentah untuk menerima kejutan ini ternyata memberi tamparan yang amat hebat padanya.
Ahmad memang seorang kanak-kanak yang nakal...selalu mengusik...tidak mendengar kata...apabila ditegur,mukanya ditarik sedepa dan matanya sentiasa menjeling tajam...Tinggal di rumah saudara sendiri saban tahun adakalanya memberi keceriaan kepada Ahmad...tidak kurang juga sedih dan suram kerana ditinggalkan ibu kandung yang jarang sekali menjenguk kerana sudahpun mempunyai komitmen lain.
Setelah Ahmad menginjak usia 10 tahun,dia telah diserahkan kembali kepada ibu kandungnya...Mengapa???Jelas sekali anak itu terlampau dahagakan kasih sayang seorang ibu yang selama ini dipanggil dengan panggilan 'mak cik' sahaja.Persengketaan berlaku...mengatakan bahawa 'penjaga' Ahmad sebelum ini ingin lepas tangan dalam membesarkan Ahmad.Dikatakan bahawa Ahmad tidak disayangi mereka...Walau bagaimanapun,Tuhan lagi Maha Mengetahui...mustahil Ahmad yang dipelihara sejak kecil itu tidak disayangi???Walaupun ibu saudara yang selama ini membesarkan Ahmad bukanlah wanita yang telah melahirkannya ke dunia ini,namun air mata tertumpah jua saat memulangkan Ahmad kembali kepada ibunya.Mereka tahu anak itu memerlukan ibunya.
Ranjau hidup Ahmad tidak berakhir di situ saja...kehadirannya dalam keluarga baru ibu kandungnya tidak berapa disenangi...pantang tercuit sedikit,anak itu dimarahi...pantang silap sedikit di mata,lelah anak itu menahan sakit dipukul...Ahmad juga dianggap seperti orang asing di sisi ibu kandungnya sendiri.Anak yang pilu itu berendam air mata saban malam...setiap hari...bahkan boleh dibilang senyuman yang terukir di bibir mulusnya itu.
Begitulah ceritera Ahmad yang sempat aku coretkan...sekiranya aku menyambung lagi fananya perjalanan hidup anak itu,aku bimbang ianya tidak akan ada noktah.
Huh...hidup tanpa kasih sayang memang memeritkan...apalagi jika kita terlalu merindui kasih sayang dari darah daging kita sendiri...Kata orang,rindu yang paling menyeksa jiwa adalah apabila kita merindui seseorang yang hampir dengan kita tetapi orang tersebut sangat jauh dari jangkauan kita...samalah seperti Ahmad yang merindui kasih sayang ibunya...
Moralnya disini,andai masih berkeluarga,maka...sayangilah...hargailah...kerana tida insan yang lebih bernilai dalam hidup seseorang melainkan ahli keluarganya sendiri...SEPATUTNYALAH...

2 ulasan: