Sabtu, 30 Mei 2009

cerita orang baru kahwin

hmmmmmmm...macam mane nak start nie??
aritu,aku g ikut mak aku pg kenduri kahwin ank kawannya...nak dijadikan cerita,kitorang ikutle jalan highway..ingatkan boleh sampai awal..x jammed la katekan...diorang la kate.."u dont worry ler,x jammed punye ikut highway"...
last2..kitorang tersangkut kat highway tuh!!ape lagi,jammed ler..maklumler,cuti2 skola...sume orang nak balik kg..ye ker??whatever la..yg penting skang nie.."mak,kte dah lambat da nie"
sebenarnya,kitorang ni nak gi menghantar...org2 melayu tau le ape mendenye tu...
dah pukul 2 setengah tp pengantin lelaki punye family x smpai lg...ape lagi??
kecoh la...hahaahaha..sebenarnye..xde la kecoh sangat pon,tp,cuak la..nape lak pengantin lelaki x smpai2 lg??pengantin perempuan punya make-up comfirm2 dah cair!!!hahaha....tipulah tu...
kasihan pengantin perempuan tu..lame la jugak dye tunggu...tp xkesah la kan,janji sampai jugak pengantinnya...kalau x sampai2,dah jadi lain la pulak ceritanya...huhuhu..x ke nanye?

haaa...lagi satu nak cerita pasal pengantin lelaki ni mase dye ba ru nak buat akad nikah...hahahahaahaha.........Ya Allah!!!kelakar gila..!!aii aii bang,x kan nervous sangat kot???
yang nak dijadikan cerita,akad nikah nye belom mula lagi...tapi tetiba jer si pengantin lelaki ni tanye kat tok kadi tu..."dah sah?sah?"hahahaaha...kelakar an??eii..gelak tau...kelakar nie..huhu...ape daa..akad nikah belom lagi tp dye dah tanye soalan tu..hahaha...mak aku cakap maybe dye nak cakap 'assalamualaikum' kat tok kadi tu..tp disebabkan terlampau nervous,dye tersasul2...huhu...jadi,para pembaca sekalian,ambillah iktibar dr kisah ni yek...hahahaaha...nak gelak lg...kelakar!!!

Rabu, 6 Mei 2009

words of LOVE

If you have it [love],
you don't need to have anything else,
and if you don't have it,
it doesn't matter much what else you have...
-Sir JamesM.Barrie-

Love is a given...
Hatred id acquired.
-Doug Horton-

Love is a moment that lasts forever...
-Julie Wittey-

sayang sahabatku...

Persahabatan itu terbina atas ranting kejujuran,

bertunjangkan kasih sayang,

lalu membuahkan kemanisan ikatan,

jika terpesong...

maka patahlah ranting...

reputlah akar...

lalu rosaklah buah...



Teman sejati bukan yang selalu di mata,

dekat bicaranya...

Tetapi yang setia di hati dan diingati dalam setiap...

bisikan doanya...



Sebahagian kawan adalah untuk dibuang...

Dan ada kawan untuk dijaga...

Dan sebahagian adalah untuk dijadikan harta selamanya...

Dan bagiku,kau kawan yang patut dibuang...

di buang jauh...

Masuk ke dalam hati ini untuk dijaga sebagai harta selamanya...



Aku punyai sepasang mata...

tapi tak mungkin dapat melihat wajahmu...

Aku punyai sepasang telinga...

tapi tak mungkin dapat mendengar suaramu...

Tetapi...aku punyai satu hati...

yang mengingatimu sampai bila-bila!!!



Persahabatan adalah warna kehidupan...

Sentiasa sehati dan sejiwa...

menbawa kebahagiaan buat kita bersama...

usah biarkan kita dibelenggu duka...

AYUH!!!...

kita ceria dan jadikan diri kita sentiasa gembira...

dan bersama selamanya... ;D



RINDU...

RINDU...

Kata orang,rindu itu tanda ingatan kepada seseorang yang tiada di depan mata...

Kata kamus,rindu itu keinginan yang kuat mahu bertemu seseorang...

Kata pujangga,rindu hadir selepas suka dan cinta,
Kita tidak akan suka tanpa bersua muka,
Tidak cinta tanpa rasa suka,
Dan tidak rindu tanpa rasa cinta...

Kata aku?
Aku minta rindu itu hadir kerana dalam hati...
ada rasa suka kepadanya...
ada rasa cinta kepadanya...
dalam hatiku,hanya ada DIA...

Puas aku mencari...
cuba menggapai rasa yang satu ini...
Berperang dengan kemahuan ini...
aku kelelahan menanti...

Ceritera rindu ini...
di manakah noktahnya?...
dipetik dan diolah daripada:CERITERA RINDU;LEEYAMYRA...

Dunia penuh dengan kecantikan

ya...dunia memang penuh dengan kecantikan...tak percaya?lihatlah cermin!!!benar...diri anda memang cantik!malah anda turut menjadi pelengkap kepada keindahan alam ni...
Wanita sahaja sudah dikatakan sebagai hiasan dunia...ini membuktikan setiap dari kita itu cantik!!!haha..ini bukannya nak promote sape-sape...cuma ingin menyampaikan pendapat di hati...lagipun,bukankah kecantikan itu sesuatu yang subjektif?setiap orang mempunyai perspektif yang berbeza mengenai kecantikan...ada yang mengatakan ...'cantik itu slim n healthy,kulit licin,senyum menawan,attractive'...macam-macam lagilah!!!
tak kurang juga yang mengatakan...' cantik itu cute,chubby...erk???ada ker?tak kesah la...
yang penting,pandangan diri kita terhadap diri kita sendiri...betul tak kawan-kawan?huhuhu...
yalah!!!kita mesti pandai menghargai diri kita sendiri...tak perlu tunggu orang lain untuk menghargai diri kita disebabkan dengan kecantikan yang kita tahu tidak kekal lama...betul kan?lagipun...ada kecantikan yang tidak akan hilang jika kita pandai menjaganya...ha...ingat apa?guna awet muda ker?lipo-suction?bottox?plastic surgery?...ish3...ke situ pulak!!!Bukanlah...kecantikan yang dimaksudkan adalah kecantikan peribadi kita...haa...ini barulah boleh kekal lama...malah boleh bertambah cantik lagi!!!macam mana?hmmm..banyakkkanlah amalan baik dalam hidup..for sure dapat jadi lebih 'cantik'...betullah tu...kalau cantik rupa pun,tapi kalau yang kat dalam tu,busuk...gelap... tak guna jugak,kan?lebih baik tak seindah rupa tetapi baik akhlak dan budi pekertinya...sekian kata buat ingatan diriku sendiri dan kawan-kawan jugak!!!

Nasib si yatim piatu...

SALAM PERSAUDARAAN...

Kadang-kadang bila aku duduk sorang-sorang kat rumah,aku pernah jugak terfikir..."Bagaimanakah perjalanan hidup aku kalau aku betul2 berseorangan di dunia ini?"...sendiri...sunyi...tawaku dan tangisku ku tatap dan reda sendiri...Dalam erti kata lain,tak ada ayah...tak ada ibu...tak ada keluarga...apatah lagi saudara...
Begitulah timbulnya kesedaran bahawa hubungan persaudaraan dan kekeluargaan sangat bernilai dan tiada tolok bandingnya dengan apa pun melainkan hubungan dengan Yang Maha Esa.
Pernah tak kita terfikir bagaimana hidup anak2 yatim piatu?...Tiada ibu...tiada ayah...mungkin bersaudara...tetapi ditempatkan di rumah-rumah ikhsan?atau...mungkin masih beribu...atau...berayah...tetapi dipinggirkan seperti bukan saudara?Huh!!!manusia...
Di kesempatan ini,aku ingin menceritakan sebuah kisah ...huhu...ni kisah benar tau!
Kira-kira 12 tahun yang lalu,seorang kanak2 lelaki yang baru berusia 2 tahun telah dipelihara di rumah ibu saudaranya.Kanak-kanak yang ingin aku gelarkan Ahmad ini hanya mempunyai ibu kandungnya sahaja.Dia telah kehilangan bapanya sebelum dilahirkan...
Dipelihara oleh ibu saudara dan bapa saudaranya sejak berusia 2 tahun,membuatkan die tidak mengetahui akan hubungannya yang sebenar dengan keluarga itu.Ya...Ahmad menyangka bahawa insan yang telah menbesarkannya dari kecil itu merupakan ibu dan bapa kandungnya.
Inginku catatkan malang yang menimpa kanak-kanak ini,dia telah mendapat tahu akan identiti sebenarnya setelah dia melangkah ke alam persekolahan.Usia yang masih mentah untuk menerima kejutan ini ternyata memberi tamparan yang amat hebat padanya.
Ahmad memang seorang kanak-kanak yang nakal...selalu mengusik...tidak mendengar kata...apabila ditegur,mukanya ditarik sedepa dan matanya sentiasa menjeling tajam...Tinggal di rumah saudara sendiri saban tahun adakalanya memberi keceriaan kepada Ahmad...tidak kurang juga sedih dan suram kerana ditinggalkan ibu kandung yang jarang sekali menjenguk kerana sudahpun mempunyai komitmen lain.
Setelah Ahmad menginjak usia 10 tahun,dia telah diserahkan kembali kepada ibu kandungnya...Mengapa???Jelas sekali anak itu terlampau dahagakan kasih sayang seorang ibu yang selama ini dipanggil dengan panggilan 'mak cik' sahaja.Persengketaan berlaku...mengatakan bahawa 'penjaga' Ahmad sebelum ini ingin lepas tangan dalam membesarkan Ahmad.Dikatakan bahawa Ahmad tidak disayangi mereka...Walau bagaimanapun,Tuhan lagi Maha Mengetahui...mustahil Ahmad yang dipelihara sejak kecil itu tidak disayangi???Walaupun ibu saudara yang selama ini membesarkan Ahmad bukanlah wanita yang telah melahirkannya ke dunia ini,namun air mata tertumpah jua saat memulangkan Ahmad kembali kepada ibunya.Mereka tahu anak itu memerlukan ibunya.
Ranjau hidup Ahmad tidak berakhir di situ saja...kehadirannya dalam keluarga baru ibu kandungnya tidak berapa disenangi...pantang tercuit sedikit,anak itu dimarahi...pantang silap sedikit di mata,lelah anak itu menahan sakit dipukul...Ahmad juga dianggap seperti orang asing di sisi ibu kandungnya sendiri.Anak yang pilu itu berendam air mata saban malam...setiap hari...bahkan boleh dibilang senyuman yang terukir di bibir mulusnya itu.
Begitulah ceritera Ahmad yang sempat aku coretkan...sekiranya aku menyambung lagi fananya perjalanan hidup anak itu,aku bimbang ianya tidak akan ada noktah.
Huh...hidup tanpa kasih sayang memang memeritkan...apalagi jika kita terlalu merindui kasih sayang dari darah daging kita sendiri...Kata orang,rindu yang paling menyeksa jiwa adalah apabila kita merindui seseorang yang hampir dengan kita tetapi orang tersebut sangat jauh dari jangkauan kita...samalah seperti Ahmad yang merindui kasih sayang ibunya...
Moralnya disini,andai masih berkeluarga,maka...sayangilah...hargailah...kerana tida insan yang lebih bernilai dalam hidup seseorang melainkan ahli keluarganya sendiri...SEPATUTNYALAH...